suria

Primark kembali beroperasi 15 Jun, 153 gedung seluruh England akan dibuka semula

Primark menjadi tumpuan utama pelancong dari seluruh dunia ketika berkunjung ke London. Foto: Getty Images

PRIMARK memaklumkan akan kembali beroperasi dan membuka semula semua gedungnya di England mulai pertengahan bulan ini, ketika perintah berkurung mula dilonggarkan.

Pemilik syarikat gedung itu, Associated British Foods (ABF), berkata mereka sedang membuat persediaan untuk membuka semua 153 gedungnya di England pada 15 Jun.

Seiring dengan perkembangan itu, kesemua gedung berkenaan akan dibuka dengan menetapkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Mereka juga memaklumkan sedang menunggu arahan lanjut mengenai cawangan gedung di Ireland, Scotland dan Wales, namun menjangkakan untuk kembali beroperasi pada penghujung bulan ini.

Gedung membeli belah tersebut menjadi tumpuan utama pelancong dari seluruh dunia ketika berkunjung ke London. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Primark, England, gedung

Artikel Lain