suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar lori tangki cuba rempuh kumpulan protes kematian George Floyd

Sebuah lori tangki yang dirakamkan merempuh sekumpulan penunjuk perasaan di sebuah lebuh raya di Minneapolis, AS. Foto Mirror

SEBUAH lori tangki cuba merempuh kumpulan penunjuk perasaan terhadap kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd.

Kejadian berlaku di sebuah lebuh raya di Minneapolis di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi rakaman video berhubung kejadian, ratusan orang bertindak mengerumuni lori berkenaan sebaik ia berhenti.

Pemandu lori dikatakan ditarik keluar, dan terdapat laporan mengatakan individu terlibat telah ditahan.

Susulan insiden yang berlaku pada Ahad, lebuh raya tersebut ditutup kepada lalu lintas semalam hampir sejam.

Rusuhan mula berlaku di beberapa bandar di AS selepas kematian Floyd, seorang lelaki kulit hitam berusia 46 tahun ketika dalam tahanan polis di Minneapolis, minggu lalu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain