suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajaib! Nenek berusia 100 tahun berjaya ‘lawan’ Covid-19 selepas sebulan dirawat, menantu dedah rahsia sembuh

Kamtim pulih daripada Covid-19 selepas sebulan dirawat, menjadikannya pesakit tertua di Indonesia yang pulih daripada wabak tersebut. Foto: AFP

AJAIB! Seorang nenek berusia 100 tahun di Indonesia disahkan pulih daripada Covid-19, sekaligus menjadikannya sebagai individu tertua yang 'terselamat' daripada wabak maut itu di negara tersebut.

Kamtim, dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini selepas menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital di Surabaya.

Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa berkata dia berharap kisah Kamtim yang berjaya berjuang menentang Covid-19 pada usia lanjut memberikan semangat kepada orang lain.

"Saya harap pemulihannya dapat memotivasi ramai lagi pesakit tua semasa pandemik ini," tambah Parawansa.

Dilahirkan pada tahun 1920, Kamtim dibawa ke hospital bulan lalu setelah menunjukkan simptom dan dia kemudian disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Siti Aminah, menantu wanita warga emas itu berkata, rahsia kepada kesembuhan ibu mentuanya adalah "disiplin dan kegigihan".

"Setiap hari saya memantau keadaannya dengan jururawat dan mereka selalu memberitahu saya bahawa dia sangat kuat dan rajin mengambil ubatnya," kata Siti Aminah. - straitstimes.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

nenek, tertua, Covid-19, rahsia, menantu

Artikel Lain