suria

Tabiat pelik simpan kuku panjang bantu wanita ini jana pendapatan

Keadaan kuku kaki Arinda yang melengkung kerana terlalu panjang.

SEORANG wanita mempunyai tabiat menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya untuk kelihatan cantik.

Disebabkan tabiat pelik itu, Arinda Storm Weaver kini berdepan kesukaran untuk memakai kasut kerana kuku kakinya terlalu panjang sehingga melengkung.

Namun masalah itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus menggemari hobi tersebut.

Wanita berusia 58 tahun itu bekerja akauntan di sebuah syarikat pembuatan tetapi disahkan menghidap kanser payudara pada 2006.

Dia kemudiannya berhenti kerja dan menjual video mengenai kuku kaki dan tangannya selepas mendapat pelbagai komen di MySpace.



Kuku tangan Arinda.

“Saya menyertai komuniti kuku dan mendapati saya boleh buat duit daripada tabiat ini. Jadi saya biarkan saja kuku saya panjang.

“Kuku kaki saya unik sekali gus menjadikannya lebih popular berbanding kuku tangan, ” katanya.

Antara video yang menjadi tumpuan adalah skil Arinda ‘meletupkan’ bubble wrap menggunakan kuku kakinya itu.

Video berdurasi 10 minit itu berharga 11.50 pound sterling.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kuku panjang, tabiat, pelik

Artikel Lain