suria

Budak 5 tahun maut akibat komplikasi Covid-19 luar biasa

Salah satu simptom adalah lidah 'strawberi' (lapisan putih dengan lebam merah di lidah).

SEORANG kanak-kanak lelaki menjadi korban pertama di Amerika Syarikat (AS) selepas mengalami beberapa komplikasi Covid-19 luar biasa termasuk gejala menyerupai penyakit Kawasaki.

Mangsa berusia lima tahun itu antara 73 kanak-kanak di New York yang disahkan mengalami gelaja luar biasa itu.

Mangsa mengalami demam berpanjangan dan sering muntah.

Pihak berkuasa di AS memberi amaran kepada ibu bapa supaya berwaspada dengan gejala ini.

Gabenor New York, Andrew Cuomo mengesahkan Jabatan Kesihatan sedang menyiasat kematian kanak-kanak itu.

“Terdapat sekurang-kurangnya satu kematian disebabkan simptom tersebut dan mungkin memberi risiko kepada orang lain yang kini sedang dipantau.

“Ini mimpi ngeri bagi setiap ibu bapa apabila anak anda dijangkiti virus tersebut, ” katanya.

Kes jarang berlaku dan mengancam nyawa kanak-kanak dikaitkan dengan pendedahan kepada Covid-19 pertama kali dilaporkan di Britain, Itali dan Sepanyol.

Namun doktor di AS mula melaporkan kluster kanak-kanak dengan gejala itu yang menyerang pelbagai organ termasuk merosakkan fungsi jantung dan melemahkan arteri jantung. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, penyakit Kawasaki, demam, muntah

Artikel Lain