suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 ejen rahsia AS terkena jangkitan Covid-19

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Foto:PA

SERAMAI 11 ejen rahsia Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19, memetik Yahoo News pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) seramai 23 petugas agensi penguat kuasa undang-undang yang dijangkiti sebelum ini sudah sembuh.

Seramai 60 lagi pekerja masih dikuarantin. Tidak dapat dipastikan sama ada Presiden Donald Trump atau Naib Presiden Mike Pence mempunyai kontak rapat dengan ejen berkenaan.

Agensi di bawah DHS itu bertanggungjawab melindungi pemimpin negara dan ketua negara yang melawat AS.

Pada Jumaat, Trump berkata jurucakap Pence, Katie Miller dan isteri penasihat kanan Stephen Miller juga disahkan dijangkiti COVID-19.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Donald Trump, ejen rahsia, Covid-19

Artikel Lain