suria

Trump dakwa Jong-un masih hidup - “Saya harap dia baik-baik saja”

trumpjongun

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa Kim Jong-un masih hidup tetapi enggan mendedahkan keadaan terkini pemimpin Korea Utara itu.

“Saya tak boleh beritahu kamu dengan tepat. Ya, saya ada idea yang sangat baik.

“Namun saya tidak boleh membincangkannya. Saya hanya berharap agar dia baik-baik saja. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Kim Jong-un, ” kata Trump.

Trump turut mempertahankan polisi hubungan secara terus dengan Korea Utara walaupun dia mengelak ditanya adakah Jong-un sudah menjawab suratnya pada Mac lalu.

“Jika saya bukan presiden, kamu pasti berperang dengan Korea. Itu saya boleh beritahu kamu. Dia mahukan begitu.

“Saya harap dia baik-baik saja. Saya tahu bagaimana dia bercakap secara relatif, ” katanya lagi.

Khabar angin mengenai Jong-un sedang tenat tersebar di seluruh dunia selepas dia tidak dilihat menghadiri hari penting Korea Utara pada 15 April lalu.

Acara itu hanya dihadiri datuk Jong-un, Kim Il Sung. - Dailymail

Artikel Lain