suria

Gempar foto dakwa Kim Jong-un dalam keranda

Pemimpin Korea Utara itu kali terakhir dilihat di khalayak ramai semaasa perjumpaan Parti Pekerja, 11 April lalu. Foto Twitter

SEKEPING gambar yangdidakwa menunjukkan Kim Jong-un meninggal dunia di dalam sebuah keranda kaca menjadi tular, meskipun ia palsu.

Pemimpin Korea Utara itu kali terakhir dilihat di khalayak ramai pada 11 April semasa perjumpaan Parti Pekerja.

Sejak itu, beberapa laporan mendakwa Jong-un sakit tenat selepas menjalani pembedahan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Jong-un mungkin cedera semasa ujian peluru berpandu

ARTIKEL BERKAITAN: Tepis spekulasi ramai, Korea Utara tegaskan Kim Jong Un masih hidup

Malah, terdapat laporan mendakwa kemungkinan beliau telah meninggal dunia.

Menerusi sekeping fgambar yang dikongsi di media sosial, kelihatan menunjukkan diktator berkenaan sedang terbaring di sebalik selimut merah dengan matanya tertutup, dan kepala disandarkan pada bantal.

Ia kelihatan mirip seperti gambaran bapa beliau, Kim Jong-il, yang diambil semasa pemakamannya pada 2011, dan dilihat seperti telah melalui banyak suntingan.

Imej berkenaan yang tersebar di media sosial, telah dikreditkan kepada rangkaian Jepun, JNN News.

Bagaimanapun, kebanyakan perkongsian mendakwa ia berasal daripada rangkaian Hong Kong Satellite Television.- Daily Star

Kim Jong-un, keranda, foto, Parti Pekerja,

Artikel Lain