suria

Lelaki minum pembasmi kuman sebelum rembat botol cecair

Seorang lelaki dilihat mengambil cecair pembasmi kuman sebelum memasukkannya ke dalam mulut. Foto CEN/@HarsovschiLucian

SEORANG pencuri dikesan meminum cecair pembasmi kuman (hand sanitizer), susulan pandangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mendakwa ia boleh menyembuhkan Covid-19.

Presiden AS hebat dikritik minggu lalu selepas memberi pandangan mengenai suntikan pembasmi kuman untuk merawat Covid-19.

Trump kemudian tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah pandangan berbaur sarkastik beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran jangan suntik pembasmi kuman dikeluarkan susulan dakwaan Donald Trump

Bagaimanapun, komen beliau dilihat memmberi kesan yang amat jelas apabila seorang lelaki di Romania didapati meminum cecair pembasmi kuman.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup, seorang lelaki meminum cecair berkenaan daripada botol pembasmi kuman yang digantung pada dinding.

Rakaman menunjukkan suspek mengambil cecair tersebut sebelum memasukkannya ke dalam mulut, seperti meminumnya.

Sejurus selepas itu, dia kembali semula dan dilihat mencuri botol cecair berkenaan. - Mirror

Artikel Lain