suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran jangan suntik pembasmi kuman dikeluarkan susulan dakwaan Donald Trump

Donald Trump memberi penjelasan susulan dakwaannya berkaitan suntikan pembasmi kuman dalam badan. Foto Reuters

RAKYAT di United Kingdom (UK) dilarang membuat sebarang suntikan sendiri untuk mencegah Covid-19, susulan dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa virus itu dapat diatasi dengan menyuntik pembasmi kuman dalam badan.

Amaran dikeluarkan oleh timbalan ketua pegawai perubatan UK.

Terdahulu, Trump didakwa mencadangkan bahawa Covid-19 boleh dirawat dengan menyuntik pembasmi kuman dalam badan.

Dakwaan presiden AS itu ditolak oleh sejumlah pakar perubatan yang menjelaskan tiada bukti yang menyokong kenyataan berkenaan.

Trump yang mengulas laporan-laporan di Rumah Putih, membicarakan tentang kajian yang mendedahkan dakwaan bahawa Covid-19 boleh terjejas oleh suhu panas.

Antara lain, beliau turut menyatakan tentang cecair pembasmi kuman.

"Saya melihat disinfeksi yang mana menghapuskannya dalam masa seminit. Satu minit. Dan adakah terdapat cara kita boleh melakukan sesuatu seperti itu, melalui suntikan dalam (badan) atau menyamai satu pembersihan?

"Adalah menarik untuk mengenal pastinya," katanya. - Daily Star

Donald Trump, suntik, pembasmi kuman,

Artikel Lain