suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan kembar korban Covid-19, meninggal dunia selang tiga hari di hospital sama

Emma Davis dan Katy meninggal dunia akibat Covid-10. Foto Mail Online/BBC

PASANGAN kembar kepada seorang jururawat yang meninggal dunia akibat Covid-19, turut menjadi korban virus itu.

Kedua-dua mereka meninggal dunia hanya beberapa hari antara satu sama lain.

Emma Davis, 37, seorang bekas jururawat meninggal dunia di Hospital Umum Southampton di England pada Jumaat, hanya tiga hari selepas kematian pasangan kembarnya, Katy yang bertugas sebagai jururawat kanak-kanak di hospital yang sama.

Kakak pasangan kembar itu mengesahkan perkara tersebut, dan turut mendedahkan bahawa kedua-dua beradik itu sebelum ini tinggal bersama.

Mereka kemudian jatuh sakit dan mengalami masalah kesihatan lain untuk satu tempoh.

Bercakap kepada BBC, dia memberitahu, pasangan berkenaan pernah memberitahu bahawa 'mereka lahir ke dunia bersama-sama dan akan pergi juga bersama-sama'.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa istimewanya mereka," tambahnya. - Mail Online UK

kembar, Covid-19, jururawat,

Artikel Lain