suria

Kucing disah haiwan peliharaan pertama dijangkiti Covid-19 di AS

Dua kucing adalah haiwan peliharaan pertama dijangkiti wabak Covid-19. Gambar Hiasan

DUA kucing disahkan positif wabak Covid-19 sekali gus menjadi haiwan peliharaan pertama dijangkiti di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, kedua-dua kucing berkenaan mengalami masalah pernafasan ringan.

Pemeriksaan mendapati virus dipercayai diperoleh daripada penghuni di dalam rumah pemilik kucing atau kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, CDC menyebut setakat ini tidak ada bukti yang menunjukkan haiwan peliharaan itu boleh menyebabkan merebaknya virus korona di AS.

Namun, CDC telah menyarankan supaya pemilik kucing berkenaan tidak membiarkan haiwan peliharaannya berinteraksi dengan orang ramai atau haiwan lain di luar rumah.

Sehubungan itu, kucing itu perlu berada di dalam rumah, sementara anjing yang dibawa berjalan rutin harus dipakaikan rantai dan dijaga jaraknya sejauh dua meter dari orang atau haiwan lain.

Dilaporkan sebelum ini, seekor harimau telah dijangkiti Covid-19 juga di AS.-Tempo.co

kucing, Covid-19, New York

Artikel Lain