suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petani di Brazil jadi manusia pertama mati dibunuh makhluk asing?

Luis didakwa meninggal dunia 20 hari selepas diserang makhluk asing.

SEORANG petani didakwa menjadi manusia pertama yang maut dibunuh makhluk asing, ujar seorang penyiasat.

Luis Barroso Fernandes ditembak dari sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dan menghembuskan nafas terakhir beberapa hari kemudian, kata Philip Mantle.

Kata pakar penyiasat itu, Luis terdengar bunyi aneh dan melihat sebuah UFO sebelum ditembak dalam kejadian yang berlaku di Quixada, Brazil itu.

Dua pelajar, pegawai tentera dan pekerja stesen radio turut melaporkan mereka melihat UFO pada hari sama.

Mantle membuat pendedahan itu menerusi penerbitan buku UFO Contacts In Brazil.

Jelasnya lagi, dalam kejadian pada tahun 1973 itu, UFO mendarat 30 meter daripada Luis sebelum keluarnya dua makhluk asing.

Dia kemudiannya dilaporkan meninggal dunia 20 hari kemudian di sebuah hospital. - Daily Star.

 

makhluk asing, ufo, oenyiasat, petani

Artikel Lain