suria

Aplikasi guna kaedah analisa suara untuk kesan Covid-19, masih dalam peringkat eksperimen

Aplikasi itu menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengakses suara manusia dan menggunakan skor percakapan dan batuk. fotoBERNAMA (Gambar Hiasan).

DALAM berhadapan Covid-19, kewujudan alat yang boleh membantu pengesanan jangkitan itu dengan cepat pastinya bermanfaat buat pasukan perubatan di seluruh dunia.

Terbaharu, satu aplikasi sedang dibangunkan oleh pasukan penyelidik yang berpotensi mengesan jangkitan Covid-19 menggunakan kaedah analisa suara.

Dibangunkan di Universiti Carnegie Mellon, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), penyelidik berhasrat menghasilkan aplikasi itu sebagai kaedah paling cepat dan murah dalam pengesanan virus berkenaan.

"Saya melihat banyak persaingan untuk kaedah pengesanan paling pantas dan paling murah.

"Ada yang agak bagus dan agak tepat. Tetapi tiada apa yang lebih murah melainkan bercakap menggunakan telefon (kaedah analisa suara)," ujarnya.

Aplikasi itu masih lagi belum diluluskan, lapor Sputnik News.

Ia menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengakses suara manusia dan menggunakan skor percakapan dan batuk.

"Skor dari satu hingga 10. Ia boleh mengesan jika suara anda membawa sebarang tanda Covid-19.

"Semakin tinggi skor, semakin besar risiko anda sebenarnya sudah dijangkiti," ujar pasukan penyelidik itu.

Ia bagaimanapun sehingga kini masih lagi dalam peringkat eksperimen dan tidak akan menggantikan ujian perubatan sedia ada yang dipakai di seluruh dunia. - Daily Star.

aplikasi, Covid-19, analisa suara

Artikel Lain