suria

Polis China guna topi keledar ala Robocop kesan mangsa dijangkiti Covid-19

Topi keledar canggih itu mampu mengesan seseorang dalam radius lima meter.

SEBUAH topi keledar ala-ala watak filem animasi RoboCop yang dilengkapi kamera untuk mengesan individu dijangkiti koronavirus (Covid-19) telah dicipta.

Polis China sudah dibekalkan dengan topi keledar canggih itu yang dicipta sebuah syarikat teknologi Kuang-chi. 

Alat itu kini sudah digunakan di Shanghai, Chengdu dan Shenzhen, China.

Topi keledar dilengkapi kamera itu boleh mengimbas suhu badan manusia dalam radius lima meter dan akan berbunyi jika seseorang mengalami gejala demam.

Polis hanya memerlukan masa selama dua minit untuk mengimbas lebih 100 individu dengan bantuan topi keledar canggih itu.

Topi keledar itu juga mempunyai pembesar suara yang membolehkannya 'bercakap' kepada setiap individu yang diimbas.

Skrin kecil juga diletakkan di depan mata penggunanya bagi membantu mereka mengesan individu yang mengalami gejala demam dengan pantas. - Dailystar.co.uk

topi keledar, Covid-19, China

Artikel Lain