suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor “kantoi” guna komputer di pejabat tengok bahan lucah

Prof Peter Davies mengakui ketagih dengan pornografi sejak berusia 18 tahun. Foto: Cavendish

SEORANG doktor berdepan dengan risiko dipecat selepas dia mengaku menggunakan komputer di tempat kerja untuk menonton pornografi.

Prof Peter Davies yang juga seorang pakar dalam bidang tuberkulosis atau tibi didakwa menggunakan komputer di tempat kerja selepas isterinya meletakkan mod penapis (filter) pada komputer di rumah bagi menghentikannya ketagihannya itu.

Pihak polis dipanggil selepas pegawai di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) memeriksa komputer kerjanya dan menemui pautan carian di internet berkaitan imej 'orang melakukan hubungan seks dengan kuda dan anjing'.

Davies berkata dia membuat carian berkenaan kerana sifat ingin tahu, selain mengakui dia mempunyai masalah.

Davies pernah menerima amaran daripada pihak polis dan perlakuan tidak senonohnya itu telah dilaporkan kepada Majlis Perubatan Umum, yang mana berkemungkinan akan mengakhiri kerjayanya sebagai seorang doktor.

Davies berkata dia mulai ketagih dengan pornografi sejak berusia 18 tahun ketika membeli majalah, selain pernah mendapat kaunseling kerana ketagihannya itu. - Metro.co.uk

doktor, lucah, komputer, pejabat

Artikel Lain