suria

Individu kritik cara kerajaan China kendali Covid-19 hilang secara misteri

Jin Yan hilang selepas mengkritik kerajaan dan presiden negara itu.

BEBERAPA pengkritik kerajaan China dan Presidennya Xi Jinping berhubung koronavirus (Covid-19) hilang secara misteri selepas lantang bersuara.

Sehingga kini wabak itu dipercayai meragut 2,129 nyawa dan menjejaskan lebih 75,000 mangsa dari 25 negara lain.

Namun angka kematian sebenar dikatakan lebih tinggi.

Menerusi satu maklumat yang bocor didedahkan dalam sebuah laman web awal bulan ini melaporkan lebih 24,000 maut akibat virus itu.

Sejak itu China dikritik kerana gagal menangani wabak itu dengan efisien.

Salah seorang pemberi maklumat ditahan bulan lalu selepas dia mendedahkan suasana ngeri di sebuah hospital di Wuhan.

Jin Yan mengkritik pemimpin negara itu, CXi Jinping dalam satu video yang dimuatnaiknya di Weibo, awal bulan ini.

Namun video itu sudah dipadamkan dan namanya tidak lagi muncul dalam mana-mana media sosial.

Yan juga tidak kelihatan selepas dia mengkritik kerajaan itu.

Dalam pada itu, seorang wartawan dikenali sebagai Chen Qiushi yang aktif memuatnaik video dan perkembangan terkini berhubung wabak itu juga tidak lagi kelihatan di kaca TV.

Lelaki berusia 34 tahun itu hilang lebih dua minggu selepas terputus hubungan dengan rakan-rakannya. - Dailystar.co.uk

Covid-19, kritik, Xi Jinping, hilang

Artikel Lain