suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang lagi positif koronavirus di UK, bertambah menjadi tiga kes

Kakitangan perubatan bekerja di zon pengasingan untuk pesakit koronavirus di sebuah hospital di bandar Huaibei, China. Foto: Barcroft Media

SEORANG lagi individu di United Kingdom (UK) disahkan positif koronavirus, demikian menurut kenyataan Jabatan Kesihatan.

Dengan kes terbaharu itu, ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif koronavirus di UK sebanyak tiga kes.

Pesakit dipercayai telah didiagnosis di Brighton dan sedang dibawa ke unit penyakit berjangkit di London.

Para pegawai kesihatan mengatakan bahawa pesakit tidak memperoleh wabak tersebut di UK.

Ketua Pegawai Perubatan England, Prof Chris Whitty berkata: 'Pesakit telah diuji positif koronavirus, menjadikan jumlah kes di UK sebanyak tiga.

'Individu itu tidak memperolehnya (wabak) di UK. Pesakit sedang dipindahkan ke pusat pakar Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan kami menggunakan langkah-langkah pengendalian jangkitan yang kuat untuk mencegah penyebaran wabak.

'NHS bersedia untuk menguruskan kes-kes ini dan kami kini bekerja dengan cepat untuk mengenalpasti konta pesakit.'

Ketika ini, dua individu sedang dirawat di hospital di Newcastle selepas disahkan dijangkiti di York. - Metro.co.uk

UK, koronavirus, positif

Artikel Lain