suria

Juruterbang kesan UFO bentuk kiub, timbul spekulasi macam kapal angkasa ‘Borg’ Star Trek

Objek yang berbentuk kiub melintasi di ruang udara. Foto CesarinMP

SEORANG juruterbang berkongsi rakaman aneh seperti objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berbentuk kiub melintas di ruang udara.

Pandangan yang dilihat dari kokpit sebuah pesawat itu menunjukkan sebuah objek metalik yang terbang dengan kelajuan hipersonik di ruang udara Columbia, tanpa dilihat seperti menghala sesuatu.

Menerusi klip video berdurasi empat minit, ia didakwa dirakamkan oleh seorang juruterbang pesawat komersial, menunjukkan sebuah struktur kiub melintasi pesawat itu dari jarak jauh.

Melihat objek tersebut pada jarak dekat, ia kelihatan seperti sebuah kiub dan kelihatan meluncur dengan keadaan terkawal.

Klip berkenaan dimuat naik menerusi laman sosial TikTok oleh seorang pengguna, CesarinMP, sebelum dikongsikan di YouTube pada 31 Januari.

Walaupun tiada penjelasan mengenai UFO itu, segelintir netizen membuat spekulasi ia mungkin belon cuaca atau layang-layang.

Malah ada yang melihat objek tersebut seperti kapal angkasa Borg daripada filem fiksyen Sains, Star Trek.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) sebelum ini pernah mengesan objek berbentuk kiub. - Daily Star

UFO, kiub, juruterbang, Star Trek, Borg, Nasa, TikTok

Artikel Lain