suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja siram kopi panas demi selamatkan 3 kucing separa membeku di Kanada

Kendall Diwisch bersama tiga ekor kucing yang diselamatkannya.

SIAPA sangka kopi boleh menyelamatkan nyawa?

Namun itulah yang berlaku melibatkan tiga ekor anak kucing ini.

Akibat cuaca sejuk melampau, ekor tiga kucing itu membeku di atas tanah.

Mujurlah kejadian itu disedari seorang pekerja sebelum dia mencurah kopi panas bagi mencairkan bekuan ais di bahagian ekor mereka.

Menurut Kendall Diwisch, dia pada waktu itu sedang membuat pemeriksaan di sebuah jalan di Drayton Valley, Alberta, Kanada.

Dia yang disapa bunyi kucing tidak perasan akan situasi itu.

Setelah dihampiri, dia menyedari ekor kucing itu membeku di atas tanah.

Akhirnya, tiga kucing itu berjaya diselamatkan dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Diwisch turut berkongsi mengenai kisah itu di Facebook sehingga ia menjadi tular. - Boredpanda.

kucing, kopi, Kendall Diwisch

Artikel Lain