suria

Lantai konkrit tiba-tiba meletup, 4 sekeluarga termasuk ibu melambung ke udara

Konkrit sebuah laluan di Sichuan, China yang meletup secara tiba-tiba, Isnin lalu.

NGERI! Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan nasib malang seorang wanita bersama tiga anaknya.

Dalam satu rakaman CCTV tular, mereka berempat sedang berjalan di sebuah laluan sebelum lantai konkrit meletup secara tiba-tiba.

Letupan kuat itu menyebabkan kesemua mereka melayang ke udara.

Kejadian itu berlaku di wilayah Sichuan, China, pada Isnin.

Menerusi pemerhatian rakaman itu, seorang budak perempuan dilihat menjatuhkan satu objek seperti bunga api ke dalam satu lubang di atas tanah.

Sejurus itu, berlakunya letupan kuat yang menyebabkan konkrit pecah, meninggalkan kawasan itu dalam keadaan berasap dan berdebu.

Ahli keluarga itu kelihatan cedera di atas tanah sejurus kejadian berkenaan.

Malah, salah seorang anak wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Siasatan pihak berkuasa juga mendedahkan bunga api kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke dalam sebuah tanki bawah tanah di lokasi itu menjadi punca letupan berkenaan. - Daily Star.

letupan, tangki, bunga api

Artikel Lain