suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalankan misi pelayaran solo, lelaki kurang berpengalaman ditemui mati dalam kapal

Kapal layar miliknya turut ditunda ke darat untuk siasatan lanjut.

PASUKAN polis Jamaica menjalankan siasatan selepas mereka menemui mayat seorang lelaki dalam kapal layar di perairan Caribbean.

Hasil siasatan, mangsa berusia 42 tahun dikenali sebagai Mark Brennan dalam misi menjalankan pelayaran mengelilingi dunia secara solo.

Pelayar kurang berpengalaman itu bagaimanapun dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu.

Dia kemudiannya ditemui 114 kilometer dari perairan Caribbean pada Isnin lalu.

Kapal layar miliknya turut ditunda ke darat untuk siasatan lanjut.

Antara siasatan awal menemui alat perhubungan radio milik mangsa rosak dan dia turut berhadapan masalah kehabisan minyak.

Dalam pada itu, jiran mangsa mengakui terkejut apabila menerima perkhabaran kematian itu.

"Saya hanya kenal dia sebagai tukang cuci cermin. Tak pernah tahu dia berminat nak berlayar.

"Dia tinggal bersendirian. Jarang orang dari sini mengelilingi dunia dengan kapal," ujarnya sinis. - Daily Star.

Artikel Lain