suria

Lelaki henti kereta berdebar selamatkan ‘haiwan’ terbaring atas jalan, rupa-rupanya baju parti corak harimau bintang tercicir

Seorang pengguna jalan raya memberhentika keretanya untuk menyelamatkan 'haiwan' yang disangka mengalami kecederaan. Foto Kennedy News and Media

SEORANG pengguna jalan raya berdebar-debar apabila memberhentikan keretanya untuk menyelamatkan seekor kucing yang besar di atas jalan, mungkin mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, Ben Lilly dalam perjalanan melalui A646 di West Yorkshire, United Kingdom, pada pagi Sabtu lalu.

Bapa dua anak itu berkata, haiwan tersebut mempunyai corak seperti harimau bintang, terbaring di atas jalan.

Keputusannya untuk memberhentikan kenderaan apabila mendengar laporan mengenai beberapa kucing besar sering dilihat berada di kawasan itu, dan diharapkan dapat menyelamatkan haiwan yang cedera.

Perunding teknologi maklumat (IT) itu pada mulanya berasa berat hati untuk mendekati haiwan berkenaan kerana ia kelihatan hidup, dan mungkin mengalami kecederaan di bahagian muka.

Dia bagaimanapun berjaya mendekati haiwan tersebut sebelum menyedari usahanya sia-sia apabila ia sebenarnya merupakan baju parti dengan corak seperti haiwan.

Bagaimanapun, Ben bukan seorang sahaja yang tersilap menyangka ia adalah haiwan, tetapi ramai yang turut mengakui melihatnya lebih sekali sebaik dia memuat naik pengalaman yang memalukan itu di Facebook. - Mirror


kucing, parti, harimau bintang

Artikel Lain