suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saintis dakwa London bandaraya paling berisiko di Eropah terdedah kepada koronavirus

London merupakan satu-satunya bandaraya di Eropah yang memasuki senarai teratas bandaraya paling 'berisiko' di peringkat dunia, di mana ia berada pada tangga ke-19. Foto: Getty

SAINTIS berpendapat bahawa London merupakan bandaraya paling berisiko terdedah kepada wabak koronavirus berbanding bandaraya lain di Eropah.

Ahli akademik di University of Southampton membuat kajian mengenai corak perjalanan pelancong daripada 18 bandar yang dijangkiti wabak itu di China, termasuk Wuhan.

Mereka merujuk data perjalanan itu untuk memastikan di mana destinasi terakhir pelancong-pelancong berkenaan, khususnya dari bandar-bandar yang disyaki dijangkiti wabak berkenaan.

Menggunakan rekod perjalanan serta alamat IP yang tidak dikenali pada telefon pintar, mereka mendapati bahawa seorang daripada 100 orang pelancong yang meninggalkan bandar yang dijangkiti wabak tersebut di China,  akhirnya menuju ke London.

London merupakan satu-satunya bandaraya di Eropah yang memasuki senarai teratas bandaraya paling 'berisiko' di peringkat dunia, di mana ia berada pada tangga ke-19.

Paris pula berada di tangga ke-27 dalam senarai, manakala Frankfurt berada di tangga ke-30. - Metro.co.uk

London, koronavirus, Eropah, risiko

Artikel Lain