suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamba tak pakai topeng muka, penumpang sebuah bas berdepan risiko selepas salah seorang daripadanya positif koronavirus

Pihak berkuasa sedang mengesan para penumpang sebuah bas di China, selepas salah seorang daripada mereka sah dijangkiti wabak koronavirus. Foto: Dailystar

PIHAK berkuasa sedang mengesan para penumpang sebuah bas di China, selepas salah seorang daripada mereka sah dijangkiti wabak koronavirus.

Rakaman yang tular di internet itu menunjukkan seorang penumpang perempuan batuk berkali-kali dan hanya menutup mulutnya dengan tangan.

Kelihatan, penumpang lain di dalam bas tersebut langsung tidak memakai topeng muka.

Mereka ketika itu sedang dalam perjalanan  antara Yuncheng dan Hejin pada 16 Januari lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Hejin, di Wilayah Shanxi Utara China, kini sedang mencari para penumpang kenderaan tersebut.

Penumpang yang dijangkiti wabak tersebut kini dikuarantin di sebuah hospital di Yuncheng.

Setakat ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 132 orang dijangkiti wabak tersebut di China. - Dailystar

Artikel Lain