suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemancing tangkap ikan aneh, ada tiga sesungut seperti sotong kurita

Seorang pemancing merakam video seekor ikan aneh yang berjaya ditangkapnya. Foto: TIKTOK/@NATALIE1526n

BUKAN ikan, tetapi apa yang diperoleh oleh seorang pemancing ini benar-benar membuatkan netizen pelik.

Menerusi satu rakaman, kelihatan haiwan yang berjaya ditangkap oleh pemancing berkenaan mempunyai sesungut seperti seekor sotong kurita.

Namun haiwan berkenaan hanya mempunyai tiga sesungut berbanding sotong kurita yang mempunyai lapan sesungut.

Ia juga mempunyai kepala yang agak besar dengan mulut yang ternganga.

Di dalam video tersebut turut kedengaran suara seseorang yang bertanyakan kepada ibunya mengenai haiwan tersebut.

Bagaimanapun tidak jelas di mana lokasi video itu dirakam.

Sehingga kini ia ditonton lebih daripada 1.3 juta kali sejak ia dimuat naik ke TikTok oleh seorang pengguna, Nataliia Vorobok.

Ramai netizen tidak ketinggalan memberikan komen terhadap perkongsian video tersebut. - Dailystar

ikan, aneh, sesungut, sotong kurita

Artikel Lain