suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teori mengarut kononnya minum peluntur boleh hapus koronavirus, pakar beri amaran risiko buruk pada kesihatan

Kumpulan yang mencetuskan teori itu, QAnon mendakwa peluntur Miracle Mineral Solution (MMS) juga boleh menyembuhkan Aids dan austisme. FOTO:Universal Images Group via Getty Images.

PENULARAN wabak koronavirus ternyata menjadi topik utama perbualan masyarakat dunia lewat kebelakangan ini.

Selain itu, timbul pula pelbagai spekulasi, tak kurang juga teori konspirasi seiring perkembangan kes tersebut.

Terbaharu, wujud dakwaan kononnya pesakit koronavirus boleh sembuh jika mereka minum peluntur.

Teori itu bagaimanapun cepat dipatahkan sebagaimana pakar perubatan mendedahkan perbuatan itu boleh memberi kesan buruk kerana kandungan kimia yang ada dalam peluntur.

Dalam pada itu, kumpulan yang mencetuskan teori itu, QAnon mendakwa peluntur Miracle Mineral Solution (MMS) juga boleh menyembuhkan Aids dan austisme.

Selain minum, mereka mendakwa pesakit juga boleh membuat semburan pada mulut dan berkumur dengan cecair itu. - Daily Star.

koronavirus, peluntur, wabak, perubatan

Artikel Lain