suria

Gempar misteri ‘bola api’ di Puerto Rico selepas gempa bumi

Objek misteri 'bola api' di Puerto Rico. Foto Twitter/Daily Star

SEBUTIR meteor seperti 'bola api' dikesan melintasi ruang udara Puerto Rico, susulan bencana gempa bumi.

Fenomena luar biasa itu dianggap sebagai petanda 'akhir zaman' oleh penduduk tempatan di kepulauan Carribbean itu.

Penduduk di beberapa kawasan di Amerika Syarikat mengalami gempa bumi yang kuat sejak awal tahun ini.

Kepulauan berkenaan baru pulih selepas Taufan Maria sejak 2017.

Bencana dahsyat itu mengorbankan seramai 3,057 orang.

Penduduk Puerto Rico yang menyaksikan kejadian berkongsi video dan imej bola api.

Satelit Khidmat Cuaca Kebangsaan merakamkan kejadian itu di Puerto Rico pada kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.

Sejurus selepas kejadian itu, saksi berkata, bola api itu lenyap di udara. - Daily Star



meteor, Puerto Rico, bola api, gempa bumi

Artikel Lain