suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima 40 jahitan selepas digigit anjing German Shepherd ketika sesi penggambaran

Lara terpaksa menjalani pembedahan di bahagian muka dan mulutnya selama dua jam.

SEORANG gadis terpaksa menerima 40 jahitan di mukanya selepas digigit seekor anjing ketika sesi penggambaran.

Lara Sanson sedang berposing bersama anjing jenis German Shepherd sebelum haiwan itu tiba-tiba menggigitnya di bahagian muka.

Insiden ngeri itu berjaya dirakam kamera.

Gadis berusia 17 tahun itu berkongsi beberapa keping gambar daripada insiden itu di Twitternya.

Berdasarkan gambar itu, dia dilihat cuba memeluk anjing itu sebelum digigit secara tiba-tiba oleh haiwan tersebut.

Akibatnya Lara menjalani pembedahan di bahagian muka dan mulutnya selama dua jam.

Malah Lara mengakui dia tidak berasa sakit ketika digigit haiwan itu.

Dia juga tidak menyalahkan haiwan itu dengan berkata ia dilakukan secara tidak sengaja. - Dailystar.co.uk

anjing, gigit, jahitan

Artikel Lain