suria

Nyaris maut selepas telan dua ekor belut untuk rawat sembelit

Belut yang berjaya dikeluarkan dari abdomen pemuda itu.

SEORANG pemuda nyaris maut selepas menelan dua ekor belut hidup-hidup gara-gara percaya dengan kata-kata orang kampung bahawa ia mampu menyembuhkan masalah sembelit dihadapinya.

Rakaman video menunjukkan pasukan perubatan mengeluarkan belut sepanjang 20 inci dengan salah seekor daripadanya masih lagi hidup dari abdomen pemuda itu.

Sebuah hospital perubatan tradisional di wilayah Jiangsu, timu Nanjing berkata pemuda itu sudah dibenarkan keluar hospital tetapi tidak mengesahkan sama ada video itu dirakam di pusat perubatan berkenaan.

Timbalan Ketua Pembedahan Umum, Sun Haijan berkata pemuda itu mengalami sakit perut kronik dan nyaris maut akibat jangkitan bakteria.

Imbasan CT menunjukkan belut itu berada di antara organ dalaman pemuda itu.

Dia turut mendedahkan imbasan CT menunjukkan dua ekor belut itu berada di antara organ dalaman pemuda itu sebaik ditelannya.

"Pesakit percaya dengan kata-kata orang kampung bahawa menelan dua belut itu hidup-hidup mampu mengurangkan masalah sembelit dihadapinya pada 8 Januari lalu.

"Selepas itu dia mengalami kesakitan di bahagian abdomen tetapi menunggu sehingga keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan di hospital," kata Sun Haijan.

Sebaik sahaja belut itu dikeluarkan semasa pembedahan kecemasan dilakukan, pakar bedah mendapat abdomennya dipenuhi darah, air dan najis. - Metro.co.uk

belut, sembelit, jangkitan bakteria

Artikel Lain