Letusan gunung berapi Taal meriahkan lafaz “I do” pasangan pengantin - Dunia | mStar

Letusan gunung berapi Taal meriahkan lafaz “I do” pasangan pengantin

Jurugambar sempat merakamkan saat bersejarah pasangan pengantin ini berlatar belakangkan gunung berapi Taal.

BAYANGKAN ketika anda sedang melangsungkan pernikahan, tiba-tiba gunung berapi mula aktif dengan abu serta asap  dan segala-galanya jelas kelihatan dari lokasi majlis.

Itulah yang dilalui pasangan pengantin, Chino dan Kat Vaflor pada Ahad lalu apabila majlis perkahwinan mereka berlangsung kira-kira 15 kilometer (km) dari gunung berapi Taal dan ia sempat dirakam jurugambar majlis itu Randolf Evan.

Gunung berapi aktif itu terletak kira-kira 59km di selatan Manila di kepulauan Luzon telah mengeluarkan asap tebal dan abu sejak beberapa hari lalu.

"Sebenarnya kami juga bimbang kerana ketika sibuk bertugas pada majlis itu, kami turut memeriksa perkembangan gunung berapi itu di media sosial.

"Kami sememangnya sedar adanya amaran dan tahap bahaya yang telah diumumkan dari semasa ke semasa, malahan kami juga telah berbincang sesama sendiri apa yang perlu  dilakukan jika keadaan bertambah buruk," kata Evan kepada CNN.

Kata Evan, semua tetamu dan pengantin pada majlis yang berlansung di Savanna Farm Tagaytay by Solange dalam keadaan tenang ketika pasangan raja sehari itu melafaskan "I do".

Tetamu majlis perkahwinan pasangan ini  turut menyaksikan pemandangan yang menakjubkan.

Sebaik ia selesai, pengurusan lokasi majlis itu memuat naik gambar terkini pasangan pengantin dengan kapsyen "Majlis perkahwinan diteruskan."

Sementara itu, Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina berkata, Taal menunjukkan tahap aktif yang pantas apabila mengeluarkan asap antara sekitar 16km ke udara.

Susulan itu, agensi berkenaan mengarahkan penduduk di beberapa supaya segera berpindah.-cnn.com

Taal , Kat Vaflor , Manila

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain