suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita koma 7 bulan tiba-tiba sedar selepas doktor minta keluarga hentikan mesin sokongan hayat

Kertisha Brabson koma selama tujuh bulan.

BAGAIKAN satu keajaiban, seorang wanita yang koma tujuh bulan akhirnya mampu bangkit semula.

Kertisha Brabson, 31, dari Ohio, Amerika Syarikat berada dalam keadaan koma selepas dia menghidap penyakit berkaitan sel otak.

Menurut ibunya, Kertease, doktor memaklumkan bahawa otak wanita itu seolah-olah sudah mati.

Malah, doktor turut memberi saranan agar mesin sokongan hayatnya dihentikan.

"Doktor kata otak dia dah mati, doktor suruh cabut plug. Saya tak ada latar belakang bidang perubatan, tapi akan buat apa sahaja untuk anak," kata Kartease.

Ujarnya, anaknya itu bagaimanapun sedar pada 7 April 2019, tidak lama selepas doktor memberi cadangan itu.

Berita gembira itu turut memberi kejutan kepada pakar perubatan dan doktor yang merawatnya.

Malah, Kertease seolah-olah tidak percaya anak perempuannya itu sudah membuka mata dan boleh menjalani kehidupan normal semula. - The Sun.

Artikel Lain