suria

Bunga api sambutan tahun baharu disyaki jadi punca kebakaran zoo, semua monyet dalam kurungan mati

Foto sekitar kejadian kebakaran itu. (Kredit: DPA/AFP via Getty Images)

KEBAKARAN besar yang berlaku di sebuah zoo di Jerman mengorbankan sejumlah haiwan pada malam sambutan tahun baharu.

Paling teruk tentunya sangkar monyet yang mana semua spesis itu yang ditempatkan di kurungan berkenaan ditemui mati.

Punca kebakaran masih lagi disiasat namun percikan bunga api disyaki menjadi penyebab kejadian.

Zoo Krefeld turut mengesahkan kejadian itu menerusi halaman rasmi Facebook mereka.

"Ketakutan paling teruk akhirnya jadi realiti," tulis pengendali Facebook itu.

Dilaporkan lebih 2,000 meter persegi kawasan dalam zoo itu terjejas akibat kebakaran berkenaan. - Daily Star.

 

monyet, kebakaran, tahun baharu

Artikel Lain