suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat mahu merompak terbantut gara-gara pistol tersekat pada seluar, tertembak diri sendiri

Seorang perompak cedera tertembak diri sendiri gara-gara senjata api yang disorokkannya tersekat pada seluar. Foto: CEN

SEORANG perompak bukan sahaja berputih mata, malah lebih malang, dia tertembak dirinya sendiri ketika sedang cuba melakukan rompakan di dalam sebuah bas.

Menerusi rakaman kamera keselamatan, perompak itu dilihat cuba mengeluarkan senjata api yang disorokkan di dalam seluarnya.

Malangnya, ia tersekat pada seluarnya dan perompak berkenaan dilihat gigih mengeluarkan senjata tersebut sebelum ia tiba-tiba meletup dan terpelanting.

Perompak itu mengerang kesakitan sambil disaksikan oleh penumpang lain.

Polis mengatakan kejadian itu berlaku di bandar Tlajomulco de Zuniga di Jalisco, barat Mexico.

Saksi-saksi memberitahu media tempatan bahawa perompak yang tercedera itu dan seorang rakannya turun dari bas di perhentian seterusnya.

Identiti kedua-dua individu tersebut masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan keadaan terkini perompak yang cedera itu.

Polis percaya kedua-dua lelaki tersebut bertujuan mahu merompak penumpang di dalam bas dan siasatan sedang dijalankan. - Metro.co.uk

Artikel Lain