suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambulans terima panggilan 999 terlanggar kanak-kanak perempuan hingga temui ajal

Bahagian hadapan sebuah ambulans yang kemek selepas terlanggar seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun. Foto: Tom Maddick SWNS

KIRA-KIRA sepuluh hari bertarung nyawa, seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah ambulans beberapa hari sebelum perayaan Krismas, akhirnya meninggal dunia di hospital.

Gadis kecil berusia 10 tahun itu berada dalam keadaan kritikal sejak dia dilanggar pada 22 Disember lalu.

Ketika kejadian yang berlaku di Bulwell, Nottingham, ambulans tersebut sedang dalam perjalanan ke sebuah lokasi selepas menerima panggilan kecemasan di talian 999.

Gambar-gambar yang tersebar di internet menunjukkan bahagian hadapan ambulans tersebut yang kemek dan cerminnya juga retak.

Pegawai dari Unit Siasatan Polis Nottinghamshire sedang meneruskan siasatan mereka terhadap kemalangan maut itu.

Pihak berkuasa itu juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga gadis malang tersebut.

Polis juga meminta saksi kejadian untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan. - Mirror

ambulans, 999, kanak-kanak, ajal, Nottingham

Artikel Lain