suria

Remaja 12 tahun ditahan kerana tikam pelajar selepas bergaduh

Seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun ditahan selepas menikam seorang pelajar dari sekolah yang sama menggunakan senjata tajam. Foto: Metro.co.uk/google maps

PELAJAR di sebuah sekolah di  Essex terkejut dan berada di dalam ketakutan selepas seorang murid berusia 12 tahun ditikam ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Mangsa dilaporkan diserang dengan senjata tajam, namun Polis Essex masih belum mengesahkan senjata itu.

Kanak-kanak itu diserang kira-kira pukul 3.15 petang di luar Sekolah Tinggi Shoeburyness di Southend-on-Sea, Essex, pada Jumaat.

Dalam surat kepada ibu bapa, Pengetua Clare Costello berkata: “Terdapat pergaduhan antara dua gadis yang mengakibatkan salah seorang pelajar menjadi cedera.

“Gadis yang cedera dibantu oleh kakitangan sekolah sehingga ibu bapanya dan ambulans tiba.

“Ini menjadi kes polis saya tidak dapat membuat komen lanjut.”

Jurucakap polis berkata: “Gadis itu dibawa ke hospital dengan kecederaan yang dipercayai tidak serius.

“Pegawai tiba dan menahan seorang gadis berusia 12 tahun kerana disyaki menyebabkan kecederaan tubuh yang berat. Siasatan berterusan.” - Metro.co.uk

remaja, tikam, pelajar, gaduh

Artikel Lain