suria

Muka ditoreh, kekal parut seumur hidup gara-gara cinta tiga segi

Louise Pearce cedera parah di bahagian muka dan leher akibat ditoreh lelaki yang menjalinkan hubungan dengannya, menyebabkan dirinya menanggung derita kesan parut sepanjang hayat. Foto: North News Pictures

GARA-GARA terperangkap dengan cinta tiga segi, seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila mukanya ditoreh dengan pisau oleh lelaki yang menjalinkan hubungan dengannya.

Brett Fenwick berulang kali menoreh Louise Pearce di bahagian muka dan leher menyebabkan wanita itu menanggung derita kesan parut akibat luka torehan itu sepanjang hayat.

Brett bersama abangnya, Blaine bukan sahaja mencederakan Louise, malah turut mencederakan pasangan wanita itu,  Gareth Mallaburn.

Kedua-dua adik beradik itu bakal didakwa kerana mendatangkan kecederaan terhadap pasangan Mallaburn, dan Brett mengaku bersalah atas cubaan mahu membunuh Loiuse.

Dilaporkan, Loiuse, Mallaburn dan Brett merupakan rakan sekerja di Alnwick Garden.

Louise yang sudah 18 tahun bersama Mallaburn, mengakui dia curang terhadap bapa kepada tiga anaknya itu di mana pengakuan tersebut mendorong kepada ketegangan antara kedua-dua lelaki berkenaan.

Ia berakhir dengan dua adik beradik Fenwick muncul di rumah pasangan berkenaan dan mencederakan pasangan berkenaan. - Mirror.co.uk

cinta, tiga segi, parut, toreh

Artikel Lain