suria

Remaja melecur teruk, kehilangan suara selepas makmal dadah ibu meletup

Brian Adam menderita seumur hidup dengan kulitnya terbakar teruk dan kehilangan suara buat selama-lamanya, selepas makmal dadah milik ibunya meletup. Foto: 9 10 News, WXYZ

SEORANG remaja lelaki menderita seumur hidup dengan kulitnya melecur teruk dan kehilangan suara buat selama-lamanya, selepas makmal dadah milik ibunya meletup.

Brian Adam, 16, pada mulanya hanya diberitahu mempunyai peluang hanya lima peratus untuk hidup selepas terperangkap dalam letupan makmal dadah ibunya, Amanda Skardoutos.

Amanda dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama enam tahun ekoran insiden yang berlaku pada 2017 itu.

Brian, dari Detroit, kemudian menjalani pembedahan trakeotomi yang penting untuk membantunya bernafas.

Pakar bedah kemudian memberi amaran kepada bapa Brian, Robert bahawa tisu parut boleh dibentuk pada bila-bila masa, yang mampu menjejaskan keupayaan anaknya untuk bercakap buat selama-lamanya.

Robert telah menemui seorang pakar yang boleh menyelamatkan suara Brian, tetapi prosedurnya akan menelan kos RM 710,000 dan pemegang insurans keluarga enggan membayar kos berkenaan.

Kata Robert: "Satu-satunya keutamaan yang saya fokuskan ialah pernafasan anak saya".

Harapan untuk menyelamatkan Brian semakin cerah apabila pengumpul dana membiayai pembedahan kira-kira RM559,651.00. - Metro.co.uk

makmal, dadah, suara, terbakar, kulit

Artikel Lain