suria

Alami pengalaman mistik sewaktu kecil, lelaki beli istana ‘seram’ yang kini bernilai RM6.65 juta!

Istana lama yang kini berharga jutaan ringgit. Foto South Wales Property Photograph

SEORANG lelaki membeli istana 'menyeramkan' sendiri di Wales, United Kingdom dengan hanya £5,000 (RM26,596), dan selepas projek pengubahsuaian besar-besaran ia kini dijual untuk pada nilai £1.25 juta (RM6.65 juta).

Anton Jones membeli Istana Llantwit di Vale of Glamorgan, tetapi 15 tahun kemudian ia merupakan hartanah yang menjadi rebutan.

Dia mempunyai minat terhadap bangunan lama, sejak mengalami pengalaman menyeramkan semasa masih kecil.

Bercakap kepada Wales Online, dia berkata: "Ia bermula apabila saya masih kecil, saya bermain di sini dan benar-benar rasa takut!

"Ia sangat menyeramkan pada masa itu kerana keadaannya.

"Ia sentiasa sangat suram walaupun pada hari musim panas dan sentiasa ada kehadiran yang menakutkan di sini dan saya sebenarnya pernah dikejar oleh kuda di sini," tambahnya.

Ia mengambil masa 15 tahun monumen lama itu dibeli daripada majlis Vale of Glamorgan dan lima tahun mengubah suai sepenuhnya untuk dijadikan sebagai rumah impian. - Mirror


istana, seram

Artikel Lain