suria

Sarang lipas ditemui dalam telinga pemuda selepas rasa digaru, bunyi bising ketika tidur

Imbasan mendapati seekor lipas berada dalam telinga seorang lelaki di China. Foto Asia Wire

SEORANG doktor kulit dikejutkan dengan penemuan keluarga lipas hidup dalam telinga seorang lelaki.

Keadaan itu dikesan menerusi rakaman kamera.

Puluhan telur lipas bersarang di telinga pesakit yang malang dilaporkan sebagai Lv.

Pemuda berusia 24 tahun itu dirawat di sebuah hospital di China bulan lalu selepas disyaki terdapat parasit mungkin membuatkan dalam telinganya berasa gatal, selepas merasa sakit dan bunyi aneh.

Walau bagaimanapun, dia tidak menjangkakan terdapat keluarga lipas bersarang dalam telinganya.

Lv berkata, dia berasa sakit yang teramat sangat di telinga kanannya semasa tidur.

Keluarganya kemudian menyuluh lampu pada telinganya dan mendapati seekor lipas besar di dalamnya. 

Pakar hidung, tekak dan telinga Hospital Sanhe di daerah Huiyang, Zhong Yijin berkata: "Dia berkata telinganya sakit sangat, seperti sesuatu yang menggaru atau merangkak di dalamnya. Ia menyebabkan rasa yang sangat tidak selesa.

"Saya menemui lebih 10 anak lipas di dalamnya," katanya.

Doktor Zhong kemudian mengeluarkan lipas seekor demi seekor dari telinga Lv menggunakan peralatannya, sebelum membolehkannya menarik keluar ibu lipas yang besar. - Daily Star

lipas, telinga

Artikel Lain