suria

Dulu dikecam guna pesawat peribadi, Putera Harry dikesan dalam kelas ekonomi

Putera Harry dirakamkan menaiki penerbangan kelas ekonomi dalam perjalanan pulang dari Jepun ke United Kingdom. Foto Mail Onlie/Daily Star

PUTERA Harry dirakamkan menaiki penerbangan kelas ekonomi ke United Kingdom selepas menyaksikan Piala Ragbi Dunia di Jepun

Menurut laporan Mail Online, seorang saksi dipetik sebagai berkata, mereka melihat Duke of Sussex itu duduk di kelas ekonomi premium dalam penerbangan dari Tokyo pada Ahad.

Ia susulan putera diraja itu dikesan menaiki penerbangan menggunakan pesawat komersial pada Rabu, bagi menyaksikan perlawanan akhir antara England dan Afrika Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Harry jawab kritikan naik jet peribadi, “Tiada siapa sempurna”

ARTIKEL BERKAITAN: Harry-Meghan dikecam guna jet peribadi, abang hanya naik pesawat tambang rendah

ARTIKEL BERKAITAN: Meghan, Putera Harry dikecam pakar alam sekitar gara-gara bercuti ke Ibiza guna jet peribadi

Menurut tulisan Victoria di Twitter: "Duduk berdekatan dengan Putera Harry dalam penerbangan ke Tokyo.

"Saya nyaris terjatuh dari tempat duduk apabila dia masuk ke dalam pesawat.

Awal tahun ini, pasangan Duke dan Duchess of Sussex dikecam selepas dilaporkan menaiki pesawat peribadi sepanjang lawatan selama 11 hari, daripada memilih penerbangan komersial. - Daily Star

Putera Harry, kelas ekonomi

Artikel Lain