suria

Wanita saman bank sperma selepas lahirkan bayi kerdil

Anak wanita itu mengalami chondroplasia yang mana ia berkaitan dengan gangguan pertumbuhan tulang. (Gambar Hiasan).

MENJENGAH usia 40 tahun, wanita ini merasakan ia peluang terakhir untuk dirinya berbadan dua.

Berkunjung ke bank sperma, dia memilih benih seorang lelaki setinggi enam kaki untuk menjadi bapa kepada anaknya sebelum menjalani rawatan tabung uji (IVF).

Sewaktu mengandung, wanita yang tidak didedahkan identiti itu disahkan bahawa anak dalam perutnya mengalami sindrom kerdil.

Kecelaruan itu turut dikenali sebagai achondroplasia yang mana ia berkaitan dengan gangguan pertumbuhan tulang.

Selepas bersalin, doktor turut memaklumkan bahawa anaknya tidak boleh membesar melebihi empat kaki sepanjang hayatnya.

Akibatnya, wanita itu mengambil keputusan untuk menyaman bank sperma berkenaan.

Menurut laporan, sebuah mahkamah di United Kingdom mengeluarkan arahan sekatan ke atas bank sperma berkenaan yang terletak di Rusa.

Dalam respon balas, bank sperma berkenaan memberitahu mereka sudah membekalkan benih yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Kes berkenaan bagaimanapun masih lagi sedang dibicarakan. - India Times.

hamil, bank sperma, kerdil

Artikel Lain