suria

Kejam! Tujuh maut disembelih dalam perjalanan ke majlis kahwin

Antara mangsa yang dipercayai terkorban dalan insiden serangan kumpulan bersenjata itu.

TIGA wanita dan enam kanak-kanak disembelih sekumpulan lelaki senjata semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis perkahwinan.

Insiden berlaku dekat sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico dengan kesemua mayat ditemui di dalam sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang terbakar.

Mangsa dikenali sebagai Rhonita Maria LeBaron maut dibunuh bersama dengan anak kembarnya berusia enam bulan, Titus dan Tian serta dua lagi kanak-kanak lain dikenali sebagai Krystal, 10, dan Howard, 12.

Selain itu, Christina Langford Johnson, 31, Dawna Ray Langford, 43, dan dua anak Dawna, Trevor, 11, dan Rogan, 3, turut ditembak mati.

Sekurang-kurangnya 17 ahli keluarga LeBaron dan Langford yang mengenali satu sama lain berhasrat untuk menghadiri sebuah perkahwinan di Mexico.

Namun sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah van dinaiki mereka.

Tembakan tersebut mengenai tangki minyak dan meletup.

Bagaimanpun sekurang-kurangnya 13 lagi individu dari keluarga itu dilaporkan masih lagi gagal dikesan.  - Dailystar

Artikel Lain