suria

Gadis dipukul doktor gara-gara tolak ajakan hubungan intim

Lim mengalami kecederaan parah di muka dan jarinya.

SEORANG doktor didakwa menyerang kekasihnya kerana berang selepas wanita itu menolak untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Clarence Teo Shun Jie, 35, juga didakwa menyebabkan keretakan wajah dan juga jari kelingking kiri teman wanitanya itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan terhadap Rachel Lim En Hui di sebuah pangsapuri di Singapura antara pukul 2 pagi dan 4.12 pagi pada 27 Ogos 2017.

Teo juga didakwa mengurung Lim, 27, di dalam bilik tidur bagi menghalangnya keluar rumah pagi itu.

Pasangan itu kini sudah berpisah.

Tiga dakwaan serangan lain terhadap Teo ditangguhkan buat masa ini dan akan dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 

Dia didakwa melakukan tiga kesalahan itu pada 12 dan 30 Mac 2017.

Sebahagian laporan polis dibuat Lim pada 1 April 2017 dibacakan di mahkamah pada Isnin.

Timbalan Pendakwa Raya April Phang memberitahu mahkamah bahawa Lim mengenali Teo menerusi aplikasi janji temu atas talian dikenali sebagai "Coffee Meets Bagel" pada lewat Februari 2017.

Lim mendedahkan kepada polis bahawa Teo sebenarnya kaki botol dan didiagnosis dengan gangguan penyalahgunaan zat. - The Straits Times

Artikel Lain