suria

Meghan, Putera Harry dikecam pakar alam sekitar gara-gara bercuti ke Ibiza guna jet peribadi

Putera Harry dan Meghan Markle bercuti di Ibiza, Sepanyol. Foto Ian Vogler/Daily Mirror

PASANGAN diraja Britain diberi amaran mengenai peranan mereka dalam memelihara alam sekitar akan terjejas selepas dilaporkan terbang menggunakan jet peribadi ke Ibiza, Sepanyol, untuk bercuti.

Putera Harry dan Meghan Markle bercuti di Ibiza bagi meraikan ulang tahun Markle ke-38 awal bulan ini, hanya beberapa hari selepas berikrar mahu mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Ia juga selepas Putera Hary memberitahu bahawa mereka tidak akan mempunyai lebih dari dua anak bagi mengatasi jumlah penduduk yang berlebihan, yang menyumbang kepada krisis perubahan iklim.

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex bersama anak lelaki mereka, Archie yang berusia tiga bulan, dikatakan menghabiskan masa enam hari di pulau itu, di lokasi yang sama Meghan pernah bercuti bersama rakan-rakannya. 

Profesor Resources and Environmental Policy di UCL, Paul Ekis berkata, individu berpengaruh dan 'role model' perlu mengamalkan apa yang mereka katakan, atau tindakan sokongan mereka itu akan tercemar. - Mirror UK

Putera Harry, Ibiza, Meghan Markle, Archie

Artikel Lain