Tiket parkir menghantui wanita ini selepas pemilik kereta meninggal dunia - Dunia | mStar

Tiket parkir menghantui wanita ini selepas pemilik kereta meninggal dunia

Sarah bersama pasangannya Hickin yang meninggal dunia akibat serangan jantung Fabruari lalu. Foto: BMP Media

SEORANG wanita hidup tertekan apabila tiket parkir kereta terus menghantui selepas enam bulan pasangannya meninggal dunia.

Lee Hickin,51, pengsan di tempat letak kereta di samping pasangannya Sarah Fox,37, selepas diserang sakit jantung pada Februari lalu.

Susulan insiden itu, kenderaan mereka di tinggal di Ryecroft selama lima hari sebelum diambil keluarga mereka.

Seminggu selepas itu, Sarah menerima notis penalti tiket parkir kereta.

Biarpun sudah menghubungi pihak majlis daerah tempatan dan menjelaskan situasi tersebut, Sarah terus menerima notis berkenaan di atas nama Hickin.

“Ia sangat mengganggu saya walaupun telah lama berlaku.

Lee keluar dari keretanya dan hanya sepuluh tapak dia terkena serangan jantung dan meninggal dunia.

“Keretanya tersadai di situ untuk tempoh empat hingga lima hari kerana kami ke hospital menaiki ambulan.

“Bermula 35 paun dan naik ke 75 paun, terbaharu mereka ini mengugut untuk bawa saya ke mahkamah. Ia sangat mengejutkan.

“Sangat menyedihkan. Saya tidak mahu lagi terima surat yang tertulis namanya,” ujar Sarah.

Majlis perbandaran yang mewakili daerah tempatan berkata, ia memerlukan salinan kematian untuk membatalkan saman tersebut. –metro.co.uk

Tiket Parkir , saman

Artikel Berkaitan

Artikel Lain