suria

Wanita gempar temui ratusan ketam masa balik rumah

Tangkapan skrin klip video menunjukkan kehadiran ratusan ekor ketam. Foto FOX 35/ABRIEL ARNEL

SEORANG wanita digemparkan dengan kehadiran ratusan ekor ketam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di bandar Stuart di Florida, Amerika Syarikat.

Menerusi klip video yang dirakamkan Abriel Arnel, menunjukkan ratusan ketam biru berjalan ditemui berkeliaran di jalan raya dan laluan pejalan kaki.

Malah, wanita itu turut menemui beberapa ekor ketam di hadapan pintu rumahnya.

"Saya beritahu mereka bahawa ia adalah ketam biru," ujar Abriel.

"Ia biasanya mengorek lubang sepanjang tahun, tetapi musim sekarang (dan musim mengawan) memaksa mereka keluar kerana hujan lebat," tambahnya.

Menurut pasukan penyelidik di Universiti Florida, musim ketam biru dan betina bermigrasi sehingga Disember, tetapi tempoh puncaknya pada Oktober dan November. - Daily Star



ketam

Artikel Lain