suria

Juruterbang biarkan teman wanita kawal pesawat, syarikat penerbangan janji siasatan menyeluruh

Penerbangan itu dipercayai berlaku pada 31 Ogos lalu.

TINDAKAN membenarkan individu yang tidak mempunyai kelayakan mengendalikan pesawat merupakan satu kesalahan berat.

Malah, ia berisiko membawa kepada kemalangan udara yang boleh meragut nyawa.

Begitulah yang berlaku apabila juruterbang, Kirill S membenarkan teman wanitanya, Anna, mengendalikan sebuah pesawat baru-baru ini.

Anna kemudiannya memuat naik video itu ke Instagram sebelum ia dipadam tidak lama kemudian.

Pesawat InAero itu dipercayai dalam perjalanan dari Yakutsk ke Batagai, Rusia.

Anna, dipercayai berusia 20-an tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang penerbangan.

Penerbangan itu dikatakan berlaku pada 31 Ogos lalu.

Dalam pada itu, jurucakap InAero megesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu. - The Sun.

Kirill S, juruterbang, InAero

Artikel Lain