suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan monyet di taman negara makin menjadi-jadi, iPhone milik pelancong dilarikan

Selain makanan, telefon pintar iPhone milik pelancong juga pernah dicuri. FOTO: Getty Images.

PIHAK pengurusan di Taman Negara Khaoi Yai, Thailand memberi amaran agar pengunjung lebih berhati-hati.

Ia susulan banyak kejadian melibatkan serangan monyet sehingga pelbagai barangan dicuri dan dilarikan.

Malah, mereka yang datang untuk berkhemah juga dinasihatkan agar berjaga-jaga dengan haiwan itu.

Difahamkan, haiwan berkenaan berupaya membuka beg pelancong sebelum melarikan segala isi di dalamnya.

Selain makanan, telefon pintar iPhone milik pelancong juga pernah dicuri.

Seorang pengusaha kedai kopi di sekitar taman negara itu turut mengakui perkara sama.

Ujarnya, monyet sering masuk ke kedainya sebelum memecahkan gelas dan botol. - Daily Star.

Artikel Lain