suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas nyaris maut, terlantar lebih 2 bulan gara-gara dicakar kucing sendiri

Shirley berada dalam unit rawatan rapi selama lebih dua bulan. FOTO: SWNS.

MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat menggambarkan nasib wanita ini.

Insiden yang berlaku di Winterbourne, Bristol itu kedengaran tidak serius, namun kesannya cukup menakutkan.

Jantung Shirley Hair terhenti selepas tangannya dicakar kucing baka Siam sekitar April tahun lalu.

Ia susulan berlaku jangkitan kuman pada tangan wanita berusia 65 tahun itu.

Dalam tempoh beberapa hari, tangannya bertukar menjadi kehitaman.

Dia turut mengalami pening-pening, hilang selera makan dan sakit otot.

Dia akhirnya dimasukkan ke hospital dan berada dalam unit rawatan rapi selama lebih dua bulan sebelum dibenarkan pulang ke rumah. - Daily Star.

Shirley Hair, kucing, dicakar, haiwan

Artikel Lain